
selamat
datang ke halaman web rasmi
kolej yayasan belia malaysia
Kolej
Yayasan Belia Malaysia (KYBM) mula beroperasi pada 1 Julai 1999. Operasi kolej ini
kini ialah di BIM POINT Kuantan di alamat A-47, Lorong IM3/12, BAndar Indera
MAhkota, Kuantan, Pahang.
Misi Penubuhan
KYBM sebagai sebuah institusi ilmu
ditubuhkan untuk memenuhi keperluan negara mempertingkatkan taraf akademik dan
pengetahuan profesional melalui penekanan kualiti pengurusan dan pembangunan
sumber manusia serta pembentukan suasana pembangunan ilmu dan minda secara
efektif.
Falsafah KYBM
Di
KYBM, kami meletakkan ilmu pengetahuan sebagai asas keperluan dalam kehidupan
manusia. Hanya dengan ilmu pengetahuan, manusia dapat membentuk dan
memperkembangkan minda. Sekiranya keperluan ini gagal direalisasikan dengan
efisyen, maka peratusan buta ilmu akan meningkat. KYBM melihat kejayaan utama
dan pertama masyarakat adalah kesedaran dan kesediaan semua untuk berusaha
bersama kearah kecemerlangan
.
KYBM bersama Kumpulan Tenaga
Pensyarah/Fasilitatornya, berpengalaman dalam menjalankan kursus-kursus
Kemahiran untuk menyediakan tenaga
kerja mahir dan separuh mahir sesuai dengan pembangunan & perkembangan dunia
kerjaya.
Lengkapkan
diri anda dengan kecemerlangan ilmu untuk jaminan masa depan. Pilihan anda
adalah tepat sekiranya memilih KYBM. Perbelanjaan pendidikan di KYBM sederhana
dan berpatutan. Prasarana pembelajarannya lengkap. Lokasi KYBM strategik, sesuai
sebagai sebuah pusat pendidikan tinggi.