KURSUS
PENGENDALIAN MAKANAN
PENGENALAN
Kementerian
Kesihatan Malaysia telah melaksanakan peraturan iaitu setiap pengendali dan
pemunya premis makanan di Malaysia dimestikan mengikuti Kursus
Pengendalian Makanan. Oleh yang demikian, Kolej Yayasan Belia Malaysia (KYBM)
adalah dengan ini mempelawa anda untuk menyertai kursus ini di kampus induknya
di Kompleks Semai Bakti, Jalan Haji Abu Bakar, Padang Lalang, 25200 Kuantan,
Pahang.
OBJEKTIF
Mendedahkan peserta
tentang aspek kebersihan diri dan beberapa ciri penting dalam penyediaan makanan
yang selamat disamping memberi maklumat sebab berlakunya keracunan makanan yang
mengaitkan factor kimia dan semulajadi serta melahirkan seorang pengendali
makanan yang berpengetahuan dan berketrampilan.
KANDUNGAN KURSUS
Kursus akan bermula mulai jam 8.45 pagi hingga 4.30
petang.
Ø
Pencemaran Makanan – oleh kuman, bahan kimia dan lain-lain.
Ø
Keracunan
Makanan – isu
semasa, kesan, tanda-tanda dan punca.
Ø
Sistem
Kawalan & Pencegahan – kepentingan
suhu, peti sejuk dan
pemanas makanan.
Ø
Amalan
Kebersihan Diri – amalan
yang baik, tabiat buruk,kepentingan
dan risiko.
Ø
Kebersihan
Alatan & Perkakas Dalam Penyediaan Makanan.
Ø
Penyediaan,
Pengendalian dan Penyimpanan Makanan – cara-cara
yang betul.
Ø
Pengurusan
Kebersihan Kawasan Premis Makanan.
Ø
Etika Kerja
dan Perundangan – Akta
dan Peraturan Makanan,
Undang-undang Kecil Pihak Berkuasa
Tempatan.
PERLAKSANAAN
KURSUS
Kursus hanya akan dijalankan setelah peserta mencukupi korum seramai 30 orang
bagi setiap tarikh yang ditetapkan di atas. Oleh yang demikian, pihak KYBM
adalah berhak untuk menunda kursus ke satu tarikh lain jika bilangan peserta
tidak mencukupi.
SIAPA YANG PATUT HADIR
Semua yang terlibat
secara langsung atau tidak langsung samada tuan punya atau pengendali-pengendali
makanan di Restoran, Hotel / Resort, Kantin Kilang dan Sekolah, Kilang
Pemprosesan Makanan dan Penjaja-penjaja di seluruh Malaysia.
PENGANUGERAHAN SIJIL
Peserta akan
dianugerahkan Sijil yang diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia,
dan sijil ini adalah sah digunakan untuk tempoh 3 tahun.
BAYARAN KURSUS
RM 100.00 (Ringgit
Malaysia: Satu Ratus Sahaja), termasuk :
PERMOHONAN
KURSUS
Pengesahan dan
Pembayaran bolehlah dibuat dengan mengirim Borang
Permohonan (sila tekan di sini
untuk
mendapatkan Borang Permohonan - 'save' di dalam komputer anda dan 'print')
bersama P.O / M.O / Cek Berpalang atas nama
MIND-CMC
Training & Consultancy Sdn Bhd.
dan dihantar ke pejabat kami di alamat:
Bahagian Kursus Pengendalian Makanan
Kolej Yayasan Belia Malaysia
Kompleks Semai Bakti, Jalan Haji Abu Bakar,
Padang Lalang, 25200 Kuantan, Pahang.